Lelaki cabul wanita di R&R Seremban ditahan

NILAI - Seorang lelaki ditahan di kawasan Rehat & Rawat (R&R) Seremban arah selatan di sini atas kesalahan mencabul seorang wanita.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai menerima laporan berhubung kejadian itu pada 12.15 tengah malam tadi.
Menurutnya, suspek dikatakan melakukan perbuatan itu ketika berada di sebuah kedai serbaneka.

"Semasa kejadian suspek yang melalui belakang mangsa dipercayai telah menyentuh punggung wanita berusia 20 tahun itu
"Rakan-rakan mangsa yang melihat kejadian bertindak mengejar suspek hingga ke tandas sebelum ditangkap dengan bantuan orang awam sebelum diserahkan kepada polis," katanya menerusi kenyataan pada Isnin
Ujarnya, siasatan awal mendapati suspek berusia lingkungan 20-an mempunyai dua rekod lampau melibatkan kesalahan jenayah.
"Suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban dan dibenarkan tahanan reman selama empat hari bermula Isnin untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Nilai di talian 06-7904222," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!