Kaki wanita melecur selepas buat rawatan cabut bulu kaki

Septraria menunjukkan kakinya yang melecur selepas mendapatkan rawatan IPL. - Agensi
Septraria menunjukkan kakinya yang melecur selepas mendapatkan rawatan IPL. - Agensi
A
A
A

JAKARTA - Seorang wanita tular selepas mengadu kakinya melecur sejurus mendapatkan rawatan mencabut bulu kaki menggunakan kaedah Intense Pulse Light (IPL) di Jakarta, Indonesia.

Rawatan kaedah IPL bertujuan membantu menghalang pertumbuhan rambut atau bulu pada anggota badan termasuk ketiak dan bulu kaki.

Mangsa, Irene Septraria memuat naik gambar keadaan kakinya yang melecur teruk selepas tiga hari mendapatkan rawatan tersebut di sebuah salon kecantikan baru-baru ini.

"Kesan melecur muncul selepas tiga hari melakukan kaedah rawatan IPL. Mula-mula kulit menjadi coklat dan diikuti gatal dan pedih," katanya yang petik Detik.com.

Sementara itu, pakar kulit Dr Ruri Diah Pamela mengesahkan kes seumpama ini boleh berlaku.

Justeru, belau menasihatkan pelanggan berunding dengan doktor bagi mengesahkan keadaan kulit masing-masing sebelum mendapatkan rawatan IPL.

"Perkara perlu dielakkan apabila anda mengesan tiada luka, jangkitan atau dermatitis aktif sebelum menjalani rawatan tersebut.

"Jangan lakukan waxing, mencabut bulu dengan alat pengepit dalam empat minggu sebelum mendapatkan rawatan," katanya.

Dr Ruri menyarankan mencukur di kawasan untuk melakukan IPL sehari sebelum membuat rawatan itu.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, ia bagi mengelakkan tenaga haba berlebihan pada permukaan kulit.

"Guna produk penjagaan kulit yang mengandungi retinoid, AHA/BHA atau hidrokuinon selama beberapa hari sebelum prosedur.

"Pastikan prosedur dijalankan oleh profesional berpengalaman. Gunakan teknologi IPL berkualiti dengan panjang gelombang yang sesuai dengan jenis kulit dan warna rambut anda," jelas Dr Ruri. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!