Tottenham kawal bola, Liverpool kawal permainan

Postecoglou
Postecoglou
A
A
A

PENGENDALI Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou menyifatkan The Lilywhites tidak mengambil sepenuh peluang mara ke laluan trofi apabila tewas 1-4 kepada Liverpool dalam perlawanan separuh akhir Piala Liga.

Anak buah Postecoglou yang bergelut di tempat ke-14 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) menutup terus peluang meraih trofi apabila gagal mempertahankan kelebihan satu gol ketika bertandang ke Stadium Anfield pada Jumaat.

“Kami tidak memanfaatkan peluang dan itulah yang mungkin paling mengecewakan.

"Saya rasa mereka memahami peluang itu. Apabila realiti di luar sana agak berbeza dengan apa yang anda bayangkan dalam kepala. Niat kami adalah untuk bermain dengan cara yang sama kami bermain setiap minggu.

"Kami cuba memberi tekanan dan mengganggu mereka tetapi ia tidak pernah menjadi kenyataan. Kami juga tidak mempunyai keyakinan apabila menguasai bola, yang membolehkan mereka mengawal permainan," kata Postecoglou.

Tottenham selepas ini akan membuka gelanggang Pusingan Ketiga Piala FA berdepan Aston Villa di Stadium Villa Park pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!