Sembang Santai bersama Fadzilah Kamsah bina semangat usahawan Melayu

Program tersebut bakal berlangsung pada 15 Februari ini bertempat di Hotel Grand Barakah, Ampang bermula jam 2 hingga 5 petang.
Program tersebut bakal berlangsung pada 15 Februari ini bertempat di Hotel Grand Barakah, Ampang bermula jam 2 hingga 5 petang.
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia (PPPMM) bakal menganjurkan program Sembang Santai: Rezeki dan Ukhuwah pada 15 Februari ini dengan menampilkan penceramah motivasi terkenal, Profesor Datuk Dr Fadzilah Kamsah.

Timbalan Presiden PPPMM, Muhammed Farhan Basheer berkata, program selama tiga jam itu dibuat bertujuan membina semula semangat usahawan Melayu dan bangkit daripada kegagalan terutamanya golongan yang terlibat dalam industri percetakan.

Menurut beliau, platform tersebut juga boleh dijadikan ruang dan peluang buat peserta untuk memperluaskan jaringan persahabatan bersama usahawan lain.

“Salah satu syarat utamanya kena rapatkan ukhuwah sesama kita, berkawan dahulu dan jaga silaturahim. Barulah rezeki sampai.

“Corak pemikiran sesetengah orang apabila sertai persatuan, ia boleh membantu beri peluang bina perniagaan, tak betul. Sepatutnya kita bantu persatuan, bukan persatuan bantu kita.

“Jadi, menerusi program motivasi sebegini, mereka dapat bangkit dan bina semula semangat dalam diri, lebih-lebih lagi ramai yang perniagaannya terkesan selepas pandemik Covid-19,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Program tersebut bakal berlangsung di Hotel Grand Barakah, Ampang bermula jam 2 hingga 5 petang.

Selain Fadzilah selaku panelis utama, antara yang turut hadir bagi menjayakan acara berkenaan ialah Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidon; Felo Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM); Ahmad Yazid Othman dan Presiden PPPMM merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Ultimate Print Sdn Bhd, Azizi Fickry bersama media, Sinar Harian.

Ditanya tentang persiapan menjelang program pada minggu hadapan, Muhammed Farhan memaklumkan, urusab berjalan lancar dan sudah melepasi 50 peratus iaitu sekitar 200 peserta.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, pihaknya menjangkakan lebih ramai yang akan menyertai program terbabit memandangkan ia wadah terbuka kepada orang awam.

“Untuk makluman, ini program kedua PPPMM bersama dengan Fadzilah.

“Justeru, saya harap kita boleh kongsi idea bersama-sama dengan DPMM dan bincangkan apa yang orang Melayu sedang hadapi ketika ini.

“Selepas program ini berlangsung, kita turut berharap agar golongan Melayu berjiwa kental dalam berniaga dan jangan mudah putus asa,“ ujarnya lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!