Mayat lelaki ditemui terapung dalam parit belakang masjid

Mayat seorang lelaki ditemukan terapung dalam parit air dekat belakang Masjid Kubang Rambutan di Rantau Panjang pada Selasa.
Mayat seorang lelaki ditemukan terapung dalam parit air dekat belakang Masjid Kubang Rambutan di Rantau Panjang pada Selasa.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Mayat seorang lelaki ditemukan terapung dalam parit dekat belakang Masjid Kubang Rambutan di sini pada Selasa.

Lelaki berusia 54 tahun itu ditemui oleh penduduk kampung dengan lengkap berpakaian.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan penemuan mayat itu pada jam 10.03 pagi.

"Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai menetap di Kampung Gual Sitok di sini," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, pemeriksaan lanjut di lokasi mendapati terdapat kesan kemalangan di mana motosikal dipercayai terbabas masuk ke dalam parit air.

Ujarnya, bagaimanapun motosikal tersebut tidak dijumpai serta tiada laporan kehilangan dibuat.

Kama Azural berkata, mayat mangsa kemudian disyaki telah hanyut dan tersangkut pada pembentung parit bersama sampah sarap yang lain.

"Pemeriksaan awal ke atas lelaki terbabit mendapati tiada sebarang kesan kecederaan yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah.

"Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Perubatan Forensik, Hospital Pasir Mas bagi tujuan bedah siasat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!