Kehadiran Syed Saddiq ke Parlimen tahun lepas 100 peratus

Syed Saddiq
Syed Saddiq
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengekalkan kehadirannya ke persidangan Dewan Rakyat 100 peratus pada tahun lepas sejak bergelar sebagai wakil rakyat.

Perkara tersebut dikongsikan oleh beliau menerusi hantaran di Facebook miliknya pada Isnin.

Syed Saddiq juga mencatatkan rekod sama dalam penglibatannya di Peringkat Jawatankuasa Khas Parlimen.

“Sejak diberi mandat sebagai Ahli Parlimen Muar, kehadiran di Parlimen 100 peratus. Kehadiran di Peringkat Jawatankuasa Khas Parlimen 100 peratus.

“Banyak isu rakyat yang akan saya bangkitkan dan suarakan. Seronok dapat kembali,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Isnin.

Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 akan bermula pada Selasa dengan bacaan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada istiadat pembukaan mesyuarat berkenaan.

Berdasarkan takwim menerusi laman sesawang rasmi Parlimen, selain pembentangan usul Menjunjung Kasih dan Perbahasan Titah Diraja, persidangan Dewan Rakyat yang berlangsung selama 18 hari turut menyaksikan Ahli Parlimen akan mengambil bahagian dalam perbahasan usul itu selama tujuh hari mulai Selasa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!