JBPM mohon logistik baharu

Ahmad Izram (tengah) menandatangani kehadiran ke JBPM Tunjong sempena Program Sumbangan Kebajikan Persatuan Kebajikan Dengan Kerjasama Biro Kebajikan Perisma.
Ahmad Izram (tengah) menandatangani kehadiran ke JBPM Tunjong sempena Program Sumbangan Kebajikan Persatuan Kebajikan Dengan Kerjasama Biro Kebajikan Perisma.
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMASKINI] Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sudah memulakan proses dokumen untuk perolehan logistik bagi tahun ini awal Januari lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi JBPM, Datuk Ir Ahmad Izram Osman berkata, kebanyakan logistik yang dimohon membabitkan operasi penyelamatan dalam kebakaran, banjir dan tanah runtuh.

"Kita mahu aset terbabit dibekalkan seawal mungkin supaya kita boleh menggunakan peralatan baharu atau sebagai persediaan jika ada musibah terutama pada hujung tahun," katanya selepas Program Sumbangan Kebajikan Persatuan Kebajikan Dengan Kerjasama Biro Kebajikan Perisma JBPM pada Isnin.

Dalam pada itu Ahmad Izram memberitahu, JBPM menjadi agensi barisan hadapan dalam proses menyelamat mangsa dan turut mengadakan kerjasama dengan pelbagai agensi terutama membabitkan bencana banjir.

"Kita ada prosedur operasi standard (SOP) tertentu yang perlu dipatuhi.

"Objektif kita adalah untuk menyelamatkan mangsa yang terjejas dengan cepat," katanya.

Ahmad Izram sebelum itu menyampaikan sumbangan daripada Persatuan Kebajikan JBPM kepada 49 anggota dan pegawai terjejas banjir dengan nilai keseluruhan berjumlah 40,250 di Kelantan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!