ASEAN 2025: Anwar adakan pertemuan dengan Thaksin

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.

Anwar berkata, pertemuan dengan Thaksin yang mempengerusikan kumpulan penasihat tidak formal Pengerusi ASEAN itu membincangkan pelbagai perkara penting termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.

"Pada sebelah malam, kami teruskan diskusi ini bersama bekas Menteri Luar Singapura George Yeo," kata beliau menerusi catatan di Facebook.

Pada 16 Disember lepas, Anwar mengumumkan pelantikan Thaksin sebagai penasihat tidak rasmi untuk membantu Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.

Malaysia secara rasmi mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN 2025 pada 1 Jan, kali kelima sejak penubuhan ASEAN pada 1967.

Malaysia sebelum ini pernah menjadi Pengerusi ASEAN pada 1977, 1997, 2005 dan 2015. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!