15 kenderaan musnah dalam kebakaran bengkel

Kebakaran sebuah bengkel membaiki kereta di Kampung Lahar Ikan Mati, Kepala Batas pada Ahad.
Kebakaran sebuah bengkel membaiki kereta di Kampung Lahar Ikan Mati, Kepala Batas pada Ahad.
A
A
A

KEPALA BATAS - Sebanyak 14 buah kereta dan sebuah motosikal musnah dalam kejadian kebakaran di sebuah bengkel membaiki kereta di Kampung Lahar Ikan Mati, di sini pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.11 pagi itu, seorang lelaki warga emas berusia 63 juga dilaporkan melecur di belakang badan sebelum dikejarkan ke hospital oleh penduduk.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, seramai 26 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian untuk melakukan kerja-kerja memadamkan kebakaran.

Anggota bomba giat melakukan kerja-kerja memadamkan kebakaran.
Anggota bomba giat melakukan kerja-kerja memadamkan kebakaran.

"Kebakaran melibatkan sebuah bengkel membaiki kereta kelas B (separa kekal) dengan anggaran keluasan 80x40 kaki persegi.

"Anggaran peratusan kemusnahan adalah hampir keseluruhan 80 peratus turut melibatkan 15 buah kenderaan dan alat perkakasan bengkel," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.

Jurucakap berkenaan berkata, kebakaran telah berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya.

Tambahnya, pasukan bomba seterusnya menjalankan kerja-kerja baik pulih memastikan kawasan berkenaan selamat sepenuhnya.

Artikel Berkaitan:

"Punca kebakaran masih disiasat oleh unit forensik kebakaran," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!