Kilang kitar semula musnah dalam kebakaran

Operasi melibatkan lebih 100 pegawai dan anggota bomba dari BBP Bukit Mertajam, BBP Sungai Bakap dan BBP Batu Kawan serta PBS terdekat.
Operasi melibatkan lebih 100 pegawai dan anggota bomba dari BBP Bukit Mertajam, BBP Sungai Bakap dan BBP Batu Kawan serta PBS terdekat.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Sebuah kilang barangan kitar semula di kawasan Perindustrian Ringan Alma di sini musnah dalam kebakaran pada malam Ahad.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Mertajam, Penolong Penguasa Bomba (PPgB), Mass Rafiuddin Mass Ariffin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.37 malam dan terus bergegas ke lokasi kejadian.

"Kebakaran melibatkan sebuah kilang memproses barangan kitar semula berkeluasan 2,787 meter persegi. Peratus kemusnahan dianggarkan 60 peratus.

"Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut kerana difahamkan tiada pekerja pada ketika itu," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambah beliau, bomba menjalankan kerja pemadaman dengan menggunakan kaedah 'defensive', 'offensive' serta 'fire break' untuk mengelakkan api terus merebak.

Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 9.37 malam Ahad.
Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 9.37 malam Ahad.

"Kita mengambil masa kira-kira dua jam untuk mengawal api. Kerja-kerja 'overhaul' juga dijalankan bagi memastikan tiada bara, api atau asap di kawasan kebakaran.

"Operasi pemadaman tamat sepenuhnya kira-kira jam 6 pagi ini. Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan dan lokasi diserahkan pada pihak penyiasat kebakaran bomba (FIO) untuk tindakan selanjutnya," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Kata beliau lagi, operasi melibatkan lebih 100 pegawai dan anggota bomba dari BBP Bukit Mertajam, BBP Sungai Bakap dan BBP Batu Kawan.

"Kita turut mendapat bantuan daripada Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kulim, Sungai Jawi, Permatang Pauh, Taman Sukun, Permatang Tinggi, Padang Lalang dan Valdor," tambahnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!