Polis kesan pemandu BMW kes langgar lari di BORR

Polis sedang mengesan pemandu sebuah kereta jenis BMW yang dipercayai melanggar motosikal ditunggang seorang wanita di Lebuhraya BORR dalam kejadian langgar lari, Khamis lepas
Polis sedang mengesan pemandu sebuah kereta jenis BMW yang dipercayai melanggar motosikal ditunggang seorang wanita di Lebuhraya BORR dalam kejadian langgar lari, Khamis lepas
A
A
A

BUTTERWORTH - Polis sedang mengesan pemandu sebuah kereta jenis BMW yang dipercayai melanggar motosikal ditunggang seorang wanita di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di sini dalam kejadian langgar lari, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, siasatan awal mendapati alamat pemandu tersebut di Perak dan Johor.

"Usaha mengesan pemandu kereta tersebut giat dijalankan dan kami meminta bantuan polis di kedua-dua negeri tersebut," katanya di sini hari ini.

Terdahulu tular di media sosial beberapa rakaman video kamera papan pemuka memaparkan seorang penunggang motosikal wanita terjatuh selepas dilanggar kereta BMW 5 Siri sebelum pemandunya meninggalkan mangsa, dalam kejadian pada jam 8.45 pagi

Mangsa dalam insiden itu dikatakan mengalami cedera di kaki dan rahang serta terpaksa menerima beberapa jahitan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!