Lelaki warga emas pandu lawan arus di Lebuhraya Lekas

Lelaki warga emas ditahan selepas dipercayai memandu melawan arus untuk pulang ke rumahnya di sini dalam kejadian di Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) pada Jumaat. - Foto: PDRM
Lelaki warga emas ditahan selepas dipercayai memandu melawan arus untuk pulang ke rumahnya di sini dalam kejadian di Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) pada Jumaat. - Foto: PDRM
A
A
A

NILAI - Lelaki warga emas ditahan selepas dipercayai memandu melawan arus untuk pulang ke rumahnya di sini dalam kejadian di Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, pihaknya terkesan satu video tular berdurasi 3 minit di sosial media kira-kira jam 11.30 pagi membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Axia berwarna perak.

"Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai telah mengambil langkah dengan mengesan dan menahan pemandu tersebut.

"Siasatan awal mendapati kereta itu dipandu seorang lelaki tempatan berusia 72 tahun dipercayai telah memandu secara melawan arus untuk pulang ke rumahnya," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat kepada pihak Polis Daerah Nilai di talian 06-7904389 (Pusat Kawalan Daerah Nilai) atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Inspektor B Sharveen Raj di talian 011-26176424," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!