Ditikam di leher selepas tak sengaja terlanggar orang tidak dikenali

PARIS - Seorang lelaki ditikam di leher oleh individu yang tidak dikenali selepas secara tidak sengaja terlanggarnya di stesen kereta api bawah tanah.
Menurut laporan media Daily Mail UK, insiden itu berlaku sejurus selepas penyerang tersebut turun dari kereta api di stesen metro Guillotiere di Lyon pada Ahad.
Paparan video daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan, suspek keluar dari kereta api, berjalan ke arah tangga dan secara tidak sengaja berlanggar dengan lelaki tidak bersalah itu.
Mereka kemudian saling berpandangan sebelum suspek mengejar dan menikam leher mangsa.

Suspek kemudiannya berlalu pergi manakala mangsa yang kelihatan terkejut melihat keadaan sekeliling, seolah-olah tidak sedar baru sahaja ditikam.
Mangsa telah dikejarkan dan menerima rawatan di wad kecemasan hospital terdekat serta dilaporkan selamat.
Pihak berkuasa, Direction Interdépartementale de la Police Nationale (DIPN) berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan mengenai kejadian itu.
“Siasatan kini dilakukan secara terbuka dan semua bahagian jabatan telah digerakkan untuk mencari suspek,” ujarnya.
Terkini, lapor media sama, penyerang tersebut telah ditahan selepas salah seorang ahli keluarga terdekat telah melaporkannya setelah mengecam muka suspek melalui paparan video serangan yang tular itu.
Polis telah menahan suspek pada malam Rabu di rumahnya di kawasan kejiranan Venissieux.
@sinarharianonline Seorang lelaki ditikam di leher oleh individu yang tidak dikenali selepas secara tidak sengaja terlanggarnya di stesen kereta api bawah tanah. Menurut laporan media Daily Mail UK, insiden itu berlaku sejurus selepas penyerang tersebut turun dari kereta api di stesen metro Guillotiere di Lyon pada Ahad. #SinarHarian #SinarTerkini #Tikam
Breaking News - FASSounds
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
