Suami tembak mati isteri curang, sempat buat laporan palsu kepada polis

Suami tembak mati isteri curang, tapi sempat beri laporan palsu pada polis. Gambar hiasan.
Suami tembak mati isteri curang, tapi sempat beri laporan palsu pada polis. Gambar hiasan.
A
A
A

NEW DELHI - Seorang lelaki didakwa menembak mati isterinya kerana mengesyaki wanita tersebut curang, namun sempat menceritakan kronologi palsu kepada pihak berkuasa.

Menurut polis daerah Nuh, India, suspek bernama Inayat pada mulanya melaporkan kepada pihak berkuasa bahawa isteri, Sunnati, 25, dicabul dan dibunuh oleh penjahat bertopeng.

Namun, disebabkan berlaku pergelutan, isterinya kemudian ditembak mati pada malam Selasa di rumahnya dekat kampung Hajipur Gauheta, Gurudram.

Bagaimanapun, jelasnya, siasatan polis mengesyaki pelaku utama ialah suami mangsa sendiri.

"Dalam cerita palsu, suspek mendakwa ada penjahat bertopeng rompak pasangan tersebut dan mula mencabul Sunnati.

"Tetapi, apabila kedua-duanya melawan, isteri ditembak mati," kata polis pada Rabu.

Dalam masa sama, polis turut menahan rakan Inayat yang bernama Shakir kerana dipercayai membekalkan senjata api buatan tempatan kepadanya.

Polis menerima maklumat bahawa Shakir dalam perjalanan menuju ke Tirwada dengan menaiki motosikal.

Artikel Berkaitan:

Susulan itu, pihak berkuasa terbabit meletakkan penghadang jalan di laluan Punhana Jurhera.

Ujarnya lagi, ketika menunggang motosikal, Shakir panik lalu melarikan diri selepas ternampak sepasukan polis yang menjaga laluan.

"Apabila polis kejar, motosikalnya hilang keseimbangan pada kelajuan tinggi dan terbalik lalu dia terjatuh.

"Dia didakwa menembak ke arah polis dan semasa tembakan balas berlaku, peluru terkena pada kaki kanannya.

"Polis terus menangkap dan menghantarnya ke hospital untuk rawatan lanjut," jelasnya.

Difahamkan, satu pasukan agensi siasatan jenayah (CIA) Punhana diketuai Inspektor Sandeep Mor ditubuhkan untuk menangkap Shakir berikutan individu terbabit mempunyai beberapa kes yang dilaporkan terhadapnya iaitu rompakan, kecurian serta kesalahan memiliki senjata. - NDTV.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!