300,000 penduduk pulang ke utara Gaza

DEIR AL-BALAH - Pembukaan Koridor Netzarim pada Isnin selepas sekatan selama 48 jam menyaksikan lautan manusia termasuk warga emas, wanita dan kanak-kanak menuju ke utara Gaza.
Ia menjadi momen indah buat lebih 300,000 penduduk Palestin selepas mereka dapat bersatu semula dengan ahli keluarga yang terpisah selama lebih setahun meskipun kediaman masing-masing sudah musnah dibedil rejim Zionis. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

