Gempa bumi sederhana landa Semenanjung Minahassa, gegaran dirasai di Sabah

Gempa bumi sederhana 5.9 magnitud telah berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada jam 10.53 malam Selasa.
Gempa bumi sederhana 5.9 magnitud telah berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada jam 10.53 malam Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Gempa bumi sederhana 5.9 magnitud berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada jam 10.53 malam Selasa.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), pusat gempa bumi itu terletak 0.5° Utara dan 121.2° Timur dengan kedalaman 210 kilometer Timur Laut dari Palu, Indonesia.

“Gegaran dirasai sekitar Semporna, Tawau dan Lahad Datu, Sabah.

“Mohon tuan dan puan yang merasai gegaran akibat gempa bumi ini dapat mengisi borang soal selidik di pautan https://forms.gle/UUwf3JsW9kthTVr38,” katanya pada Selasa.

Jelasnya, MetMalaysia akan terus memantau keadaan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!