Gadis hilang dari rumah sejak Ahad

Siti Nurfatin Syuhada Shahaeul dipercayai keluar dari rumahnya sejak 6 Januari lalu.
Siti Nurfatin Syuhada Shahaeul dipercayai keluar dari rumahnya sejak 6 Januari lalu.
A
A
A

MELAKA - Seorang gadis nekad melarikan diri dipercayai mengikut temannya yang berperwatakan seperti lelaki untuk mencari pekerjaan di Kuala Lumpur sejak 6 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kehilangan Siti Nurfatin Syuhada Shahaeul Aizom, 22, yang tidak bekerja itu dilaporkan ibunya, pada jam 10.14 pagi, Ahad lalu.

Menurutnya, berdasarkan laporan pengadu yang berada di tempat kerja di Tangga Batu, telah menerima panggilan daripada salah seorang anaknya bahawa gadis itu telah keluar dari rumah mereka di Taman Sutera Wangi, Batu Berendam.

Katanya, pengadu kemudian telah menghantar pesanan ringkas menerusi aplikasi WhatsApp bagi bertanyakan keberadaan anak bongsunya itu.

"Namun gadis itu membalas keluar sekejap dan mahu bersendirian, sebelum menghantar mesej lain dan menyatakan ingin berdikari selain mahu membuktikan dia mampu berdikari.

"Sehingga hari ini pengadu cuba menghubungi gadis itu tetapi tiada sebarang respons sebelum hadir ke balai polis pada 26 Januari lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.

Tambahnya, gadis berkulit cerah dengan ketinggian 160 sentimeter itu (sm) juga pernah memaklumkan kepada keluarganya mahu bekerja di Kuala Lumpur.

Ujarnya, pengadu mengesyaki anak perempuannya itu melarikan diri mengikut individu terbabit yang dikenali sebagai Farah.

"Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan gadis itu yang telah dilaporkan hilang sejak Ahad," ujarnya lagi.

Artikel Berkaitan:

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan individu itu boleh tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Mejar Hairul Anuar Mohd Jaini menerusi talian 018-3868234 untuk membantu siasatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!