Program Kongsi Kasih sasar penyertaan lebih banyak pihak

Syamil Fahim (kanan) dan Nur Afiqah (tiga dari kanan) ketika Majlis Pelancaran Program Kongsi Kasih Musim ke-4 di Astro Bukit Jalil, di sini, pada Isnin. FOTO SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB
Syamil Fahim (kanan) dan Nur Afiqah (tiga dari kanan) ketika Majlis Pelancaran Program Kongsi Kasih Musim ke-4 di Astro Bukit Jalil, di sini, pada Isnin. FOTO SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB
A
A
A

KUALA LUMPUR - Program Kongsi Kasih anjuran Nu Ideaktiv Sdn Bhd dengan kerjasama Astro menyasarkan lebih banyak pihak untuk turut serta dalam menyantuni pelbagai lapisan masyarakat yang memerlukan bantuan dan sokongan.

Ketua Pegawai Eksekutif Ideaktiv, Syamil Fahim Mohamed Fahim berkata, kerjasama erat daripada pelbagai pihak mampu memberi sinar baharu kepada golongan tersebut untuk meneruskan kehidupan lebih baik.

Syamil Fahim.
Syamil Fahim.

Menurutnya, program berkenaan sudah masuk musim ke empat di mana semua edisi sebelum ini mendapat respons yang amat positif daripada penonton.

"Saya bersyukur kepada ALLAH SWT kerana memberi barakah kepada kami untuk melaksanakan program berlainan daripada kebiasaan dilakukan. Alhamdulillah, untuk kali ini kita dapat tajaan daripada Perfume Paradise yang memahami matlamat utama iaitu berkongsi kasih kepada semua golongan masyarakat.

"Kita sasar mahu beri gambaran kepada penonton dan masyarakat bahawa dunia ini tidak sentiasa indah, di mana ada golongan tertentu yang kita perlu berkongsi kasih bersama mereka.

Amir Rudin (dua dari kiri), Syamil Fahim, selebriti, Haze Huzir dan Nur Afiqah ketika sesi pemberian makanan kepada penghuni di Anjung Kembara, Pusat Transit Gelandangan, Kuala Lumpur. FOTO SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB
Amir Rudin (dua dari kiri), Syamil Fahim, selebriti, Haze Huzir dan Nur Afiqah ketika sesi pemberian makanan kepada penghuni di Anjung Kembara, Pusat Transit Gelandangan, Kuala Lumpur. FOTO SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB

"Jadi, untuk merealisasikan hasrat tersebut kita memerlukan kerjasama daripada semua pihak seperti badan bukan kerajaan (NGO), swasta dan juga persendirian," katanya ketika berucap merasmikan Program Kongsi Kasih musim ke-4 di Astro Bukit Jalil di sini, pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Syamil Fahim memaklumkan, sekiranya ada pihak atau organisasi yang mahu berkolaborasi dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) seperti ini boleh menghubungi pihak Nu Ideaktiv bagi slot Kongsi Kasih.

Nur Afiqah
Nur Afiqah

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perfume Paradise, Nur Afiqah Amran berkata, program Kongsi Kasih Musim ke-4 membuka matanya bahawa walaupun sekecil-kecil bantuan yang diberikan membawa makna besar dalam hati penerima.

"Kami berbesar hati dapat bersama-sama menyertai program tersebut dan melalui pengalaman ini, saya dapat melihat kegigihan orang kurang berkemampuan terutamanya daripada segi kewangan dalam meneruskan kehidupan.

"Jadi, dengan adanya pasukan Kongsi Kasih ini, kita bukan sahaja memberikan bantuan tetapi juga sokongan moral kepada mereka. Inisiatif ini benar-benar menyentuh hati saya dan mengingatkan saya, sekecil-kecil mana pun bantuan, mampu memberi makna yang besar.

"Bagaimanapun, semua ini tidak akan dicapai tanpa sokongan daripada pengguna setia Perfume Paradise. Saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak terlibat dan berharap agar ia diteruskan lagi pada masa akan datang," tambahnya.

Amir Rudin
Amir Rudin

Dalam pada itu, Pegawai Operasi Kanan Anjung Singgah/Anjung Kembara Yayasan Kebajikan Negara, Amir Rudin Abdul Rahman berkata, sumbangan yang diterima mampu meringankan beban 85 penghuni Anjung Kembara, Pusat Transit Gelandangan, Kuala Lumpur.

Ujarnya, walaupun penghuni di situ kebanyakan sudah bekerja, namun bantuan daripada pelbagai pihak masih diperlukan terutamanya pakaian, makanan dan barangan keperluan harian.

Syamil Fahim (dua dari kiri) memberi cenderamata kepada penghuni Anjung Kembara, Pusat Transit Gelandangan, Kuala Lumpur, pada Isnin. FOTO SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB
Syamil Fahim (dua dari kiri) memberi cenderamata kepada penghuni Anjung Kembara, Pusat Transit Gelandangan, Kuala Lumpur, pada Isnin. FOTO SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB

"Alhamdulillah, syukur dengan rezeki hari ini dan saya ucapkan terima kasih kepada pihak Nu Ideaktiv, Astro dan rakan penaja iaitu Perfume Paradise yang menyumbangkan makanan kepada penghuni di sini.

"Menerusi sumbangan ini, ia dapat meringankan beban rakan jalanan supaya mereka boleh keluar (berdikari) dan menjalani kehidupan seperti manusia normal yang lain.

"Saya mohon kepada NGO atau pihak persendirian yang mahu beri sumbangan, anda boleh datang ke Anjung Kembara, Pusat Transit Gelandangan, Kuala Lumpur dan berjumpa dengan petugas untuk perbincangan agar penyampaian bantuan dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik," jelasnya.

Nur Afiqah (dua dari kanan) memberi bungkusan makanan dan minuman kepada penghuni Anjung Kembara, Pusat Transit Gelandangan, Kuala Lumpur, pada Isnin. FOTO SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB
Nur Afiqah (dua dari kanan) memberi bungkusan makanan dan minuman kepada penghuni Anjung Kembara, Pusat Transit Gelandangan, Kuala Lumpur, pada Isnin. FOTO SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!