Subsidi 30 peratus untuk Jualan Rahmah 'Back To School'

Azman (kanan) melakukan pemantauan harga pakaian sekolah di sebuah pasar raya di Kota Bharu pada Ahad.
Azman (kanan) melakukan pemantauan harga pakaian sekolah di sebuah pasar raya di Kota Bharu pada Ahad.
A
A
A

KOTA BHARU - Subsidi hingga 30 peratus diberikan oleh kerajaan ke atas kelengkapan persekolahan supaya dapat mengurangkan beban ibu bapa ketika berbelanja sebelum sesi baharu bermula pada Februari depan.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail berkata, subsidi melalui Jualan Rahmah 'Back To School' bermula 1 Februari membabitkan 25 pasar raya terpilih di seluruh negeri Kelantan.

Beliau memberitahu, jualan kira-kira dua minggu itu membabitkan pakaian sekolah, beg, kasut dan alat tulis bergantung kepada pasar raya terbabit.

"Semua pasar raya yang bekerjasama dengan KPDN akan mengurangkan harga jualan kerana mereka juga memberi diskaun selain subsidi kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena program 'Walkabout' bagi pematuhan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baru Cina bagi tahun 2025 di sini pada Ahad.

Katanya, pada mulanya terdapat beberapa pasar raya enggan berkolaboratif dengan KPDN namun mereka kembali bersama selepas melihat sambutan menggalakkan daripada orang ramai di premis yang menyertai program itu.

Dalam pada itu Azman memberitahu, hingga kini pihaknya belum menerima sebarang aduan daripada orang ramai mengenai premis yang menaikkan harga jualan kelengkapan dan pakaian sekolah.

"Kita sentiasa melakukan pemantauan supaya peniaga mengenakan harga yang tidak membebankan ibu bapa," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!