Ernest Zacharevic mahu saman AirAsia, dakwa guna mural tanpa izin

Tangkap layar video yang dikongsikan menerusi hantaran Facebook Zacharevic pada Sabtu.
Tangkap layar video yang dikongsikan menerusi hantaran Facebook Zacharevic pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang artis mural dari Lithuania, Ernest Zacharevic memutuskan untuk memfailkan saman terhadap syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia.

Dakwa Zacharevic, tindakan itu susulan penggunaan tanpa izin mural hasil lukisannya 'Children on Bicycle' dalam kempen promosi syarikat penerbangan tersebut.

Zacharevic mendakwa, beliau cuba berbincang dan mendapatkan penyelesaian terbaik berhubung isu tersebut dengan AirAsia sejak dua bulan lalu namun syarikat penerbangan itu gagal membuat tawaran yang setimpal dengan nilai kerjanya.

“Dua bulan lalu, saya menyiarkan video pesawat AirAsia yang memaparkan penggunaan mural saya tanpa kebenaran. Malangnya, ini bukan kali pertama.

“Selama bertahun-tahun, mural saya telah muncul dalam kempen e-mel, iklan, majalah dalam penerbangan dan banyak lagi di AirAsia.

"Semuanya tanpa kredit, persetujuan atau pampasan yang sewajarnya," katanya menerusi hantaran Facebook pada Sabtu.

Zacharevic mendakwa, respons yang diberikan oleh AirAsia kurang memuaskan meskipun beliau cuba menyelesaikan isu tersebut secara profesional.

“Maklum balas AirAsia telah mengikut corak biasa iaitu mengeluarkan kenyataan, menafikan pelanggaran lalu dan memanjangkan perbincangan.

"Tawaran terakhir mereka gagal menggambarkan nilai kerja saya, menyebabkan saya tiada pilihan selain meneruskan tindakan undang-undang," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian akan dapatkan maklum balas Airasia berhubung dakwaan ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!