Kontraktor penipu, umpan pelanggan konsep ‘miliki rumah tanpa riba’

Aiman mendedahkan penipuan kontraktor rumah terkenal dari sebuah negeri di Pantai Timur yang mengumpan mangsa menerusi iklan bercorak Islamik di media sosial.
Aiman mendedahkan penipuan kontraktor rumah terkenal dari sebuah negeri di Pantai Timur yang mengumpan mangsa menerusi iklan bercorak Islamik di media sosial.
A
A
A

SHAH ALAM – Orang ramai yang berhasrat untuk mendapatkan khidmat kontraktor untuk membina rumah diminta berwaspada agar tidak menjadi mangsa penipuan.

Peguam Hartanah, Aiman Nahzeri mendedahkan modus operandi penipuan terbaharu ini dikesan menerusi iklan ‘miliki rumah tanpa riba’ yang dibuat secara meluas menerusi media sosial termasuk TikTok.

Menurut Aiman, selain mempromosikan iklan bercorak Islamik, harga rumah yang ditawarkan kononnya murah daripada harga pasaran.

“Kebanyakan pelanggan yang terjerat yakin apabila melihat akaun media sosial syarikat kontraktor berkenaan mempunyai 80,0000 hingga 90,000 pengikut.

“Berdasarkan aduan yang diterima, syarikat kontraktor yang beroperasi dari sebuah negeri di Pantai Timur itu menawarkan rumah bernilai RM128,000 secara ansuran,” katanya menerusi TikTok baru-baru ini.

Jelasnya, rumah yang ditawarkan bersaiz 800 kaki persegi tetapi sebenarnya 500 kaki persegi sahaja.

“Mereka akan umpan mangsa untuk bayar pendahuluan RM64,000 dan selepas rumah siap sepenuhnya baki lagi RM64,000 boleh dibayar secara ansuran.

Artikel Berkaitan:

“Namun selepas diperiksa dengan teliti rupa-rupanya 800 kaki persegi rumah itu bukannya dikira daripada keluasan binaan tetapi tapi dikira dari keluasan daripada bawah bumbung hingga ke tepi dengan keluasan binaan dalam dinding hanyalah 500 kaki persegi sahaja.

“Cuba anda bayangkan macam mana rumah yang ada tiga bilik, dua bilik air, ruang tamu ada dapur dalam 500 kaki persegi pada harga RM128,000.

Tambahnya, jadi memang terbukti munasabah dengan bayaran 50 peratus pertama yang dibuat sudah boleh pulang modal kos keseluruhan sebab rumah berkenaan saiznya hanya 500 kaki persegi sahaja.

“Macam pelanggan saya dia dah bayar RM50,000 hanya tapak rumah sahaja disiapkan.

“Saya cadangkan kepada semua berhati-hati dalam hendak mencari kontraktor kerana popular di media sosial tidak semestinya yang terbaik,” katanya.

Tegasnya, pastikan kontraktor yang dipilih betul-betul diyakini dan dipercayai baru pembayaran boleh dibuat,

“Bacalah perjanjian dengan teliti dan dapatkan pandangan peguam berkenaan dengan terma-terma perjanjian.

“Rumah bersaiz 500 kaki persegi lebih dengan 800 kaki persegi termasuk bahagian di tepi rumah yang untuk harga RM128,000 tidak berbaloi,” katanya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!