Spring Festival Gala 2025 anjuran Kedutaan China, UM hanya lokasi sambutan

acara itu bukan di bawah anjuran universiti sebaliknya hanya menjadikan institusi tersebut sebagai lokasi sambutan program berkenaan sahaja. Gambar hiasan
acara itu bukan di bawah anjuran universiti sebaliknya hanya menjadikan institusi tersebut sebagai lokasi sambutan program berkenaan sahaja. Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Acara sambutan Tahun Baru Cina, Spring Festival Gala 2025 di Universiti Malaya (UM) merupakan program anjuran Kedutaan Besar Negara China yang dikendalikan oleh beberapa persatuan pelajar warganegara China.

UM dalam kenyataan berkata, acara itu bukan di bawah anjuran universiti sebaliknya hanya menjadikan institusi tersebut sebagai lokasi sambutan program berkenaan sahaja.

“Lanjutan daripada perkara ini, apabila pihak penganjur merancang untuk memainkan lagu kebangsaan negara berkenaan, UM telah meminta penganjur untuk turut memainkan lagu Negaraku sepertimana yang diperuntukkan dalam Akta Lagu Kebangsaan 1968.

“Selaku universiti awam tertua di negara ini, UM sentiasa menjunjung kedaulatan negara dengan menerapkan nilai patriotik dalam semua aktiviti universiti.

“Dalam masa sama, UM turut menyambut dasar pengantarabangsaan yang disarankan oleh kerajaan dengan menyantuni dan meraikan pelajar,” katanya pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!