JIM Kelantan tahan 70 PATI

Kesemua mereka ditahan itu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan dihantar ke Depot Imigresen Tanah Merah untuk tindakan lanjut. Foto: JIM
Kesemua mereka ditahan itu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan dihantar ke Depot Imigresen Tanah Merah untuk tindakan lanjut. Foto: JIM
A
A
A

PASIR PUTEH - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menahan 70 pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi Ops Serkap di Kampung Telosan di sini pada Isnin.

Pengarahnya, Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan berkata, kesemua PATI berusia tiga hingga 55 tahun itu ditahan menerusi operasi bermula jam 9 pagi.

"Bertindak atas hasil risikan dari Bahagian Penguatkuasa JIM Kelantan telah membuat pemeriksaan terhadap warga asing di sebuah rumah di kampung terbabit.

"Dalam operasi itu, pihak kami menahan seorang lelaki warga Myanmar dan penahanan lelaki itu membawa kepada tangkapan 69 lagi PATI Myanmar termasuk dua warga Bangladesh serta kanak-kanak," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, kesemua mereka yang ditahan itu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Mohamed Yusoff Khan berkata, kesemua warga asing itu dihantar ke Depot Imigresen Tanah Merah untuk tindakan lanjut.

"JIM Kelantan menggesa supaya orang ramai tampil menyalurkan maklumat tentang PATI atau sebarang aktiviti warga asing yang menyalahi undang-undang.

"Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mendalangi, memudahcara dan bersubahat dalam melindungi PATI," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!