MCMC mohon turunkan hampir 19,000 kandungan digital - Fahmi

Fahmi. Foto SINAR HARIAN-ADILA SHARINNI WAHID.
Fahmi. Foto SINAR HARIAN-ADILA SHARINNI WAHID.
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Kandungan judi dan penipuan dalam talian paling tinggi dengan jumlah 84 peratus daripada 18,785 keseluruhan kandungan yang diminta diturunkan daripada platform digital dalam tempoh tiga minggu tahun ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, permohonan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu membabitkan pelbagai platform dalam talian yang dibuat kerana melanggar undang-undang antara 1 Januari hingga Selasa.

“18,785 kandungan yang diminta diturunkan merangkumi 67 peratus di Facebook, 18 peratus TikTok, 13 peratus YouTube dan lain-lain.

“Bagi kategori kandungan pula, perjudian dan scam sebanyak 84 peratus, buli siber lima peratus dan empat peratus ialah iklan produk perubatan yang tidak dibenarkan,” katanya pada sidang akhbar Melancarkan Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Pengkalan Chepa di sini pada Selasa.

Beliau mengulas, perjudian dan scam adalah kategori terbesar membabitkan kandungan yang dimuat naik kebanyakkan gemar menggunakan platform Facebook serta YouTube.

Fahmi (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan komputer riba kepada penuntut UMK. Foto SINAR HARIAN-ADILA SHARINNI WAHID.
Fahmi (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan komputer riba kepada penuntut UMK. Foto SINAR HARIAN-ADILA SHARINNI WAHID.

Katanya, kandungan itu juga dipapar menggunakan bahasa Melayu dan menyasarkan pelanggan dalam kalangan rakyat negara ini.

Artikel Berkaitan:

“Mereka mengajar pengguna bagaimana bermain judi dan perkara ini berlaku sama juga di Facebook, TikTok malah YouTube.

“Kandungan judi dan scam masih tinggi walaupun kerajaan dah bekerjasama dengan baik, platform-platform masih membenarkan aktiviti jenayah ini berlaku,” katanya.

Justeru itu, menjadi satu keperluan platform terlibat dilesenkan.

“Selepas dilesenkan, kerajaan akan minta supaya platform-platform mengenakan sekatan-sekatan terhadap kandungan-kandungan menyalahi undang-undang,” ujar beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!