Bilionair teknologi AS hadir majlis angkat sumpah Trump

Dari kiri: Priscilla Chan, Mark Zuckerberg, Lauren Sanchez, Jeff Bezos, Sundar Pichai dan Elon Musk ketika menghadiri menghadiri majlis angkat sumpah Donald Trump sebagai Presiden AS ke-47 di Capitol Rotunda di Washington pada Isnin. Foto AFP
Dari kiri: Priscilla Chan, Mark Zuckerberg, Lauren Sanchez, Jeff Bezos, Sundar Pichai dan Elon Musk ketika menghadiri menghadiri majlis angkat sumpah Donald Trump sebagai Presiden AS ke-47 di Capitol Rotunda di Washington pada Isnin. Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Beberapa bilionair teknologi Amerika Syarikat (AS) termasuk Elon Musk, Mark Zuckerberg dan Jeff Bezos diberi tempat duduk utama ketika majlis angkat sumpah Donald Trump pada Isnin.

Selain Musk, Bezos dan Zuckerberg yang juga tiga individu terkaya dunia, turut hadir ialah pengasas bersama Google, Sergey Brin yang menjadikan gabungan kekayaan empat tetamu tersebut berjumlah AS$1 trilion (RM4.5 trilion), menurut Forbes.

Tetamu lain termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook dan Ketua Pegawai Eksekutif Google, Sundar Pichai.

Ketua Pegawai Eksekutif TikTok, Shou Chew dilihat duduk di barisan belakang pentas, walaupun masa depan platformnya masih tidak menentu.

TikTok pada 19 Januari memuji Trump kerana menjanjikan perintah eksekutif untuk menyelamatkan aplikasi itu daripada larangan di AS, walaupun nasibnya masih tidak jelas ketika aplikasi di bawah pemilikan syarikat China, ByteDance itu dikatakan bertentangan dengan undang-undang AS.

Zuckerberg dilihat hadir bersama isterinya, Priscilla Chan manakala Bezos yang juga pengerusi eksekutif Amazon ditemani tunangnya, Lauren Sanchez.

Tempat duduk sangat terhad selepas majlis itu dipindahkan ke dalam Capitol kerana faktor cuaca.

Kedudukan penting dalam majlis itu amat ketara bagi Zuckerberg yang diancam Trump dengan pemenjaraan seumur hidup beberapa bulan lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Meta itu baru-baru ini menjadi tajuk utama selepas menyelaraskan dasar syarikat dengan pandangan dunia Trump, terutama dengan menghapuskan semakan fakta di AS dan melonggarkan sekatan hantaran kebencian di Facebook (FB) juga Instagram (IG).

Artikel Berkaitan:

Sementara itu sekutu Presiden AS ke-47, Musk pula menunjukkan sokongan paling kuat untuk Trump dengan membelanjakan AS$277 juta (RM1.02 bilion) untuk membantu presiden itu dan calon Republikan lain memenangi pilihan raya November sambil mengubah platform X menjadi penguat untuk suara pro-Trump. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!