Trump temui surat ditinggalkan Biden untuknya di Pejabat Oval

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47, Donald Trump menemukan sepucuk surat yang ditinggalkan oleh bekas Presiden, Joe Biden untuknya di dalam meja Resolute di Pejabat Oval di sini, ketika beliau sedang menandatangani tindakan eksekutif dan menjawab soalan daripada wartawan.
Apabila ditanya oleh seorang wartawan sama ada Biden telah meninggalkan surat untuknya, Trump berkata, beliau tidak tahu - sebelum spontan membuka laci di meja tersebut dan menemui surat itu.
Trump, bagaimanapun, tidak membuka atau membaca surat berkenaan pada ketika itu. - Agensi/Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
