Letupan kilang kimia: JAS siasat elemen cuai

Tangkap layar rakaman video sebelum berlaku letupan menyebabkan kerosakan teruk dan kesan letupan mengakibatkan kerosakan pada struktur bangunan.
Tangkap layar rakaman video sebelum berlaku letupan menyebabkan kerosakan teruk dan kesan letupan mengakibatkan kerosakan pada struktur bangunan.
A
A
A

SHAH ALAM - Elemen kecuaian dan pelanggaran syarat lesen antara yang akan disiasat Jabatan Alam Sekitar (JAS) susulan insiden letupan sebuah kilang kimia di Taman Perindustrian Kapar Bestari, Klang.

Pengarah JAS Selangor, Nor Aziah Jaafar berkata, pihaknya akan menunggu kebenaran pihak bomba sebelum memasuki lokasi tersebut.

"Siasatan akan menjurus isu kecuaian atau terdapat pelanggaran syarat lesen yang dikeluarkan oleh JAS," katanya pada Selasa.

Dalam kejadian pada Ahad, sebuah lori tangki hancur akibat letupan di sebuah kilang kimia di lokasi terbabit, namun tidak melibatkan sebarang kehilangan jiwa.

Hussein (kiri) hadir meninjau lokasi kejadian letupan sebuah kilang kimia di Taman Perindustrian Kapar Bestari di Klang pada Isnin. Foto Polis Selangor
Hussein (kiri) hadir meninjau lokasi kejadian letupan sebuah kilang kimia di Taman Perindustrian Kapar Bestari di Klang pada Isnin. Foto Polis Selangor

Insiden itu turut menyebabkan kerosakan pada bangunan kilang berkenaan serta kilang berdekatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 4.45 petang Isnin.

Pasukan Hazmat (Unit Pengurusan Bahan Berbahaya) menjalankan pengujian udara dan mendapati udara dalam keadaan normal dan bahan terlibat adalah jenis recycle asid.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!