Di mana Siti Khadijah?

Siti Khadijah
Siti Khadijah
A
A
A

BENTONG - Polis meminta kerjasama orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Tok Muda, Karak pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, kehilangan mangsa, Siti Khadijah Abdul Rahman dilaporkan ibunya kira-kira jam 8.03 pagi.

Menurutnya, kali terakhir mangsa dilihat di Kampung Tok Muda berpakaian kemeja T lengan panjang berwarna hijau putih dan berseluar jeans.

"Ciri-ciri fizikal mangsa, berkulit sawo matang, berketinggian 157 sentimeter dan berbadan sederhana," katanya.

Zaiham berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan gadis itu diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.

"Maklumat itu juga boleh disalurkan melalui Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2231999," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!