Rantai emas, dompet hilang ketika sembahyang

Setakat ini belum ada sebarang tangkapan dilakukan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. Foto hiasan
Setakat ini belum ada sebarang tangkapan dilakukan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. Foto hiasan
A
A
A

JASIN - Dua wanita mengalami kerugian ribuan ringgit selepas kehilangan rantai emas ketika upacara sembahyang di sebuah kuil di ladang Bukit Kajang, di sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Mohamad Rusli Mat berkata, mangsa hanya menyedari lantai lehernya telah tiada ketika upacara merenjis air sedang dijalankan.

Menurutnya, selain dua wanita itu seorang mangsa juga dilaporkan kehilangan dompet berisi wang sebelum kesemua mereka membuat laporan polis.

"Susulan kejadian itu kesemua mangsa telah mengalami kerugian lebih RM5,000.

"Polis meminta orang ramai yang melihat atau mempunyai sebarang maklumat berhubung insiden itu diminta tampil bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita di sini, pada Isnin.

Ujarnya, setakat ini belum ada sebarang tangkapan dilakukan dan siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

"Sekiranya ada maklumat mereka juga boleh menghubungi Sarjan Siti Norhikmah Nordin ditalian 017 357 2595 atau 06-529 2222 ( Samb. 379).

"Kita juga menasihati orang ramai agar sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan mengawasi barang peribadi masing-masing," katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!