Redah perjalanan 35km, bawa anak khatan percuma

Adam Adli melihat peserta khatan percuma dianjurkan PLG Negeri Sembilan.
Adam Adli melihat peserta khatan percuma dianjurkan PLG Negeri Sembilan.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang bapa sanggup menempuh perjalanan 35km dari Port Dickson ke Seremban bagi membawa dua anak lelakinya menyertai program berkhatan secara percuma pada Ahad.

Program yang julung kali dianjurkan oleh Pertubuhan Lima Generasi (PLG) Negeri Sembilan itu mendapat penyertaan seramai 104 kanak-kanak berusia antara enam hingga 11 tahun.

Ismail Hashim, 42, berkata, mengetahui peluang berkhatan percuma berkenaan daripada rakannya.

"Jadi saya cuba isi nama dan tak sangka pula permohonan untuk dua anak saya berusia 11 dan 12 tahun diterima.

Seramai 104 peserta Program Khatan Perdana anjuran PLG Negeri Sembilan.
Seramai 104 peserta Program Khatan Perdana anjuran PLG Negeri Sembilan.

"Walaupun agak jauh kerana perlu ke Seremban, tetapi saya tekad bawa mereka ke sini kerana kos berkhatan ketika ini agak tinggi juga. Kalau dua anak, kosnya sudah mencecah RM400," katanya ketika kepada Sinar Harian pada Ahad.

Program berkenaan dihadiri Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim dan Presiden PLG, Datuk Abdullah Ghani Kassim.

Ismail turut memuji usaha pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menanggung keseluruhan program itu termasuk menyewa peralatan 'soopa doopa' bagi menghilangkan gemuruh kanak-kanak.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pengerusi PLG Negeri Sembilan, Mohd Izwan Kamar Badri berkata, pihaknya membuka permohonan menyertai program berkenaan sejak Disember lalu tanpa meletakkan sebarang syarat.

"Kami faham situasi mencabar ketika ini dan kebanyakan ibu-bapa yang hadir pun adalah daripada keluarga berpendapatan rendah atau sederhana.

"Syukur ia mendapat sambutan yang menggalakkan. Meskipun kami sasarkan 100 perserta, tapi kami luluskan juga permohonan empat lagi peserta kerana tidak mahu menghampakan ibu-bapa termasuk anak mereka sendiri," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!