Izzuddin-Sze Fei mara ke perlawanan akhir Terbuka India

BEREGU lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei berjaya mara ke perlawanan akhir Terbuka India, pada Sabtu.
Kejayaan itu diraih Izzuddin-Sze Fei selepas menewaskan wakil tuan rumah, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dalam aksi separuh akhir di Kompleks Sukan Indira Gandhi, New Delhi.
Beregu nombor satu negara itu tampil dengan permainan cemerlang menang set pertama 21-18 sebelum menoktahkan kemaraan ke perlawanan akhir pada set kedua dengan kemenangan 21-14 dalam hanya 37 minit.
Menanti pasangan negara di pentas akhir itu pada Ahad ialah juara Terbuka Malaysia iaitu pasangan Korea Selatan, Seo Seung-jae-Kim Won-ho.
Seung-jae-Won-ho sebelum itu menyingkirkan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik 22-20, 21-19 dalam satu lagi aksi separuh akhir.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!