Northport rangkul Anugerah Kecemerlangan pengurusan kemampanan automotif

Fakhrul Azhar (tiga dari kanan), menerima anugerah "Excellence in Automotive Sustainability Management Best Practices" daripada Hanafi (dua dari kanan) semasa Malam Gala Malaysia Car of the Year (MCOTY) 2024 di Dewan Perdana, Menara MITI pada Jumaat.
Fakhrul Azhar (tiga dari kanan), menerima anugerah "Excellence in Automotive Sustainability Management Best Practices" daripada Hanafi (dua dari kanan) semasa Malam Gala Malaysia Car of the Year (MCOTY) 2024 di Dewan Perdana, Menara MITI pada Jumaat.
A
A
A

NORTHPORT (Malaysia) Bhd (Northport), ahli kumpulan MMC Corporation Berhad (MMC) diiktiraf sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan dalam Amalan Terbaik Pengurusan Kemampanan Automotif di Majlis Anugerah Kereta Terbaik Malaysia (MCOTY) 2024 edisi ke-20.

Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Fakhrul Azhar Tajudin berkata, anugerah itu merupakan satu penghormatan besar buat Northport kerana ia mengiktiraf kepimpinan mereka dalam menerajui pembangunan Garis Panduan Pengurusan Kenderaan Elektrik dan Bateri (EVBM) yang dikawal selia sendiri oleh industri.

"Sebagai pelabuhan yang memainkan peranan penting dalam operasi import dan eksport kenderaan terutamanya kenderaan elektrik adalah penting bagi Northport untuk bekerjasama rapat dengan pemain industri utama bagi mewujudkan garis panduan berkesan yang menyokong pertumbuhan mampan sektor ini.

Ketua Setiausaha MITI, Datuk Hairil Yahri Yaacob (tengah) melancarkan Garis Panduan Pengurusan Kenderaan Elektrik dan Bateri (EVBM) secara rasmi sempena Pameran dan Persidangan Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Ketua Setiausaha MITI, Datuk Hairil Yahri Yaacob (tengah) melancarkan Garis Panduan Pengurusan Kenderaan Elektrik dan Bateri (EVBM) secara rasmi sempena Pameran dan Persidangan Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, baru-baru ini.

"Garis Panduan EVBM ini menyediakan rangka kerja yang jelas untuk menguruskan kenderaan elektrik (EV) dan baterinya dengan selamat dan mampan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Anugerah tersebut disampaikan Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Hanafi Sakri kepada Fakhrul pada majlis anugerah berkenaan.

Majlis berprestij itu yang dianjurkan secara bersama Mobility Media Sdn Bhd dan agensi di bawah MITI, Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) diadakan di Dewan Perdana, Menara MITI, Kuala Lumpur.

MCOTY merupakan acara anugerah tahunan yang mengiktiraf kecemerlangan dalam industri automotif Malaysia. Meraikan ulang tahunnya yang ke-20, MCOTY 2024 dianjurkan bagi mempromosi dan meraikan inovasi, keselamatan serta kemajuan teknologi dalam sektor automotif yang berkembang pesat.

Fakhrul berkata, perjalanan ke arah pencapaian tersebut bermula pada 14 Februari 2024 apabila cadangan Northport untuk mewujudkan garis panduan kawal seliaan kendiri bagi pengendalian bateri EV diluluskan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan yang pertama, dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, pembangunan Garis Panduan EVBM melibatkan kerjasama yang menyeluruh melalui beberapa siri bengkel, perbincangan kumpulan fokus dan perundingan awam bersama pemain industri, agensi kerajaan serta badan pengawal selia.

"Sesi ini yang diselaraskan dan difasilitasi bersama oleh MITI, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan MARii telah dibuat bagi memastikan liputan menyeluruh semua aspek pengurusan EV dan bateri.

"Garis panduan ini merangkumi aspek kritikal pengendalian EV dan bateri, termasuk proses bahagian hadapan ('front-end') seperti penglibatan pelanggan, pendidikan keselamatan dan penjagaan bateri serta proses bahagian belakang ('back-end) termasuk pembuatan, pengangkutan, penyimpanan, penyelenggaraan dan pelupusan.

"Pendekatan holistik ini memastikan semua peringkat kitaran hayat EV dan bateri diuruskan dengan berkesan, menggalakkan keselamatan, memanjangkan hayat bateri dan meminimumkan kesan terhadap alam sekitar," jelasnya.

Fakhrul menambah, Garis Panduan EVBM tersebut dilancarkan oleh Ketua Setiausaha MITI, Datuk Hairil Yahri Yaacob semasa Persidangan Pengurusan Kenderaan Elektrik dan Bateri yang diadakan bersempena dengan Pameran dan Persidangan Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) 2024 pada 11 Oktober lalu.

Kata beliau, pengiktirafan berkenaan juga bukan pencapaian Northport semata-mata tetapi merupakan bukti kekuatan kerjasama industri dalam merangsang pertumbuhan industri automotif negara Malaysia.

Untuk rekod, sebelum ini Northport telah menerima Anugerah Khas 'Pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) Berintegriti Terbaik' di Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2023 dan Anugerah Perdana Penarafan Bintang Sasaran Penting (APBSP) 2023 dalam kategori Sasaran Penting Keutamaan II.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!