[VIDEO] Ingat penunggang Grab Food rupanya polis

Paparan video memaparkan aksi penunggang motosikal ditahan 'penghantar makanan' Grab Food sebelum mendapati rupanya anggota polis.
Paparan video memaparkan aksi penunggang motosikal ditahan 'penghantar makanan' Grab Food sebelum mendapati rupanya anggota polis.
A
A
A

JAKARTA - Gelagat anggota polis trafik ketika menahan seorang penunggang motosikal menarik perhatian ramai apabila lelaki itu dilihat cuba mengelak daripada anggota tersebut yang disangka penghantar makanan Grab Food.

Ia dirakam dalam satu video yang menunjukkan penunggang motosikal berkenaan tetap mendorong motosikal miliknya ke hadapan untuk mengelak daripada anggota tersebut.

Suasana juga dilihat agak tegang apabila polis itu hampir dilanggar lelaki tersebut. Bagaimanapun, video dimuat naik di Twitter Haris Dhiya berkenaan tidak memberitahu punca sebenar situasi itu berlaku.

Kemudian polis itu dilihat membuka jaket Grab Food yang dipakainya membuatkan penunggang itu akur lalu memberhentikan motosikalnya di tepi jalan bagi tujuan pemeriksaan.

Penularan video berdurasi 45 saat itu mencuit hati netizen kerana ketegasan penunggang itu yang akhirnya mengalah apabila mendapati lelaki yang menahannya itu rupanya bukan penghantar makanan tetapi polis.

"Polis menyamar jadi penghantar Grab Food rupanya." kata Andri.

Ujar Gojek, "Saya sering melihatnya polis berbuat demikian, mungkin mahu cari kesalahan pengguna jalan raya. Mereka memakai baju Grab Food di tepi jalan, kemudian selepas itu mereka bertukar menjaga lalu lintas."

Sehingga kini, video tersebut meraih lebih 1.4 juta tontonan sejak dimuat naik semalam.

Artikel Berkaitan: