Pearly-Thinaah mara ke suku akhir selepas 9 minit

Thinaah (kiri) dan Pearly akan turun dalam aksi suku akhir Terbuka India di New Delhi pada Jumaat. Foto Agensi
Thinaah (kiri) dan Pearly akan turun dalam aksi suku akhir Terbuka India di New Delhi pada Jumaat. Foto Agensi
A
A
A

BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah hanya memerlukan sembilan minit untuk melangkah ke suku akhir Terbuka India di New Delhi sebentar tadi.

Keputusan tersebut diraih selepas pasangan China yang menghuni ranking ke-75 dunia, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian memilih menarik diri dalam aksi pusingan kedua.

Dalam saingan di Kompleks Sukan Indira Gandhi itu, pasangan negara di depan 14-4 ketika perlawanan memasuki minit kesembilan.

Bagaimanapun permainan dihentikan seketika sebelum Shu Xian difahamkan memohon menarik diri kerana dilaporkan mengalami kecederaan.

Menanti Pearly-Thinaah berstatus ketujuh dunia dalam aksi suku akhir pada Jumaat ialah antara pemenang Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto dari Jepun atau pasangan India, Tanisha Crasto-Ashwini Ponnapa.

Ia juga menjadi suku akhir pertama buat pasangan negara itu selepas tersisih pada pusingan awal Terbuka Malaysia di Bukit Jalil minggu lepas.

Dalam pada itu, pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao gagal meneruskan kemaraan setelah tewas kepada wakil China, Weng Hong Yang 21-18, 21-12.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!