Lembu kaki katik curi perhatian

Paparan seekor lembu katik mencuri perhatian netizen yang dianggap lucu dan comel.
Paparan seekor lembu katik mencuri perhatian netizen yang dianggap lucu dan comel.
A
A
A

JAKARTA - Foto lembu memiliki kaki katik pada setiap empat kakinya yang tular di laman sosial menarik perhatian ramai.

Penyelidik Bioteknologi Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI), Syahruddin Said berkata, lembu itu bagaimanapun dikategorikan normal dikenali Mini Cattle yang sangat terkenal di Eropah.

"Lembu jenis Mini Cattle ini tidak cacat tetapi dilahirkan sedemikian rupa. Haiwan ini rupa secara estetik lebih menarik kerana comel dan bersaiz mini.

"Di Eropah, sudah ramai penternak menggunakan kaedah Mini Cattle kepada lembu ternakan mereka supaya lebih bersaiz kecil," katanya kepada Kompas.

Syahdruddin mengakui di negara Indonesia, kaedah itu masih belum berleluasa malah terkejut lembu tersebut sudah mula mendapat tempat di hati penternak tempatan.

Menggunakan teknologi kejuruteraan genetik bagi menghasilkan lembu katik itu, Syahruddin berkata, harga lembu itu sangat mahal dan ia menjadi tumpuan si penternak.

"Saya difahamkan, mereka melakukan perubahan ke atas lembu tersebut sekadar hobi. Harganya sangat mahal.

"Mereka juga tidak akan korbankan lembu ini tambahan pula dagingnya sangat sedikit berbanding lembu normal," katanya.

Artikel Berkaitan:

Penularan gambar lembu katik itu mendapat perhatian sehingga diulang kongsi lebih 6,000 kali dan meraih 17,600 tanda suka daripada netizen setelah dimuat naik di Twitter @animalfess2.

Netizen menyifatkan lembu itu sangat lucu dan mereka juga mahu membelanya sebagai haiwan peliharaan.

"Hasil modifikasi genetik, ia lucu, boleh dibawa dalam rumah," kata Mangdekow.