'Sekolah tidak boleh potong duit BAP' - Ahmad Suhaimi

Ahmad Suhaimi bersama pegawai pendidikan daerah di seluruh Pahang ketika majlis penyerahan cek cura BAP tahun 2025 peringkat Negeri Pahang di Auditorium Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang di Indera Mahkota pada Khamis.

A
A
A

KUANTAN - Pengurusan sekolah diingatkan supaya tidak melakukan sebarang pemotongan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang diberikan kepada ibu bapa atau penjaga pelajar termasuk untuk pembayaran yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) atau kegunaan lain.

Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Datuk Ahmad Suhami Endut berkata, sebaliknya BAP sebanyak RM150 perlu diberikan sepenuhnya sebagai persiapan persekolahan mereka.

"Kementerian telah mengarahkan supaya pemberian ini tidak dipotong termasuk yuran PIBG dan ia (perlu) digunakan sepenuhnya untuk pendidikan.

"Jadi, tiada isu kerana kita tahu ada aduan dan kerisauan ibu bapa mengenai duit ini dipotong oleh PIBG atau digunakan untuk tujuan lain. Kita tidak mahu perkara sebegini berlaku," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan cek cura BAP tahun 2025 peringkat Negeri Pahang di Auditorium Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang di Indera Mahkota pada Khamis.

Ahmad Suhaimi (dua dari kiri) menyerahkan replika cek BAP kepada Amzan ketika majlis penyerahan cek cura BAP tahun 2025 peringkat Negeri Pahang di Auditorium Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang di Indera Mahkota pada Khamis.

Hadir sama, Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan negeri, Datuk Seri Ir Mohd Soffi Abd Razak dan Pengarah JPN Pahang, Datuk Amzan Abd Malek

Ahmad Suhami memaklumkan kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM791, 250 juta kepada KPM untuk pelaksanaan BAP 2025.

Jelasnya, daripada jumlah ini, sebanyak RM723.17 juta telah disalurkan kepada sekolah-sekolah seluruh negara untuk diagihkan kepada 5.2 juta pelajar.

Artikel Berkaitan:

"Di Pahang, sebanyak RM39.14 juta telah diperuntukkan untuk membantu 260,904 pelajar di sekolah rendah dan menengah," katanya.

Beliau berkata, tujuan utama bantuan ini adalah untuk meringankan beban ibu bapa dan memastikan pelajar dapat membuat persiapan persekolahan dengan lebih baik.

"Kita berharap dengan bantuan yang diberikan ini digunakan sebaik-baiknya untuk pendidikan pelajar, kita tidak mahulah duit digunakan untuk perkara lain selain pendidikan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!