Kepingan ayam dalam ‘sandwich ham & cheese’ ada sijil halal - Syarikat pengeluar

Sijil pengesahan status halal kepingan daging ayam yang digunakan dalam pembuatan sandwic.
Sijil pengesahan status halal kepingan daging ayam yang digunakan dalam pembuatan sandwic.
A
A
A

SHAH ALAM - Syarikat pengeluar produk ‘sandwich ham & cheese’, Shake And Bake Café Sdn Bhd (Shake And Bake Café) mengesahkan kepingan daging ayam yang digunakan dalam pembuatan sandwic mempunyai sijil halal sah daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Shake And Bake Café dalam kenyataan berkata, antara bahan lain yang digunakan untuk menghasilkan sandwic tersebut ialah roti dan keju.

"Bahawa kepingan daging ayam yang digunakan dalam sandwic tersebut mempunyai sijil halal.

"Pada 10 Januari 2025, jam 12 tengah hari, pegawai daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama Jakim datang ke kilang dan kini kes dalam siasatan pihak berkenaan.

"Kami berjanji akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada KPDN dan Jakim dalam siasatan ini," katanya pada Rabu.

Sebelum ini media melaporkan, Univerisiti Malaya (UM) menutup dua premis jualan runcit 24 jam serta-merta berikutan dakwaan penemuan produk pek sandwic yang dikatakan mempunyai unsur daging babi.

Laporan Sinar Harian berhubung kenyataan Jakim mengenai status halal sandwic yang dijual di UM.
Laporan Sinar Harian berhubung kenyataan Jakim mengenai status halal sandwic yang dijual di UM.

Artikel Berkaitan:

UM dalam satu kenyataan memaklumkan, arahan penutupan dikeluarkan bagi memberi ruang agar siasatan yang dilaksanakan untuk mengesahkan dakwaan tersebut tidak terganggu.

Jelasnya, premis berkenaan ditutup sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Tambah kenyataan itu, UM sentiasa memastikan bahawa produk dijual dalam kampus adalah daripada pembekal yang mematuhi undang-undang, piawaian, peraturan dan prosedur ditetapkan.

Pada Isnin, Jakim pula mengesahkan 'sandwic ham & cheese' yang dijual di kedai serbaneka di institusi tersebut tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Jakim berkata, pihaknya selesai melaksanakan pemeriksaan di lapangan bersama pada Jumaat lalu dan semakan mendapati syarikat yang menghasilkan produk terbabit juga bukan pemegang sijil halal.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!