Chelsea sepatutnya menang - Maresca

Maresca percaya Chelsea berhak meraih kemenangan dalam aksi bertemu Bournemouth. Foto AFP
Maresca percaya Chelsea berhak meraih kemenangan dalam aksi bertemu Bournemouth. Foto AFP
A
A
A

PENGENDALI Chelsea, Enzo Maresca percaya pasukannya berhak mendapat lebih daripada sekadar satu mata selepas seri 2-2 di tempat sendiri menentang Bournemouth dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Rabu.

Keputusan itu melebarkan rekod tanpa kemenangan mereka dalam EPL kepada lima perlawanan.

The Blues membuat permulaan yang sempurna dalam perlawanan itu menerusi jaringan Cole Palmer selain mencipta banyak peluang untuk menambah gol pada separuh masa pertama, namun gagal menyudahkannya dengan baik.

Mereka dibolosi selepas separuh masa kedua bersambung apabila Justin Kluivert menyamakan kedudukan untuk Bournemouth daripada sepakan penalti sebelum Antoine Semenyo meletakkan Cherries di depan ketika perlawanan berbaki 20 minit.

Chelsea berjaya meraih gol penyamaan pada masa kecederaan menerusi sepakan percuma Reece James yang menjadi gol pertamanya sejak lebih dua tahun di kelab itu.

“Saya rasa kami berhak mendapat lebih banyak gol terutamanya pada separuh masa pertama.

"Pastinya, perkara paling penting ialah mencipta peluang. Ia berlaku berkali-kali dalam empat atau lima perlawanan terakhir. Kami tidak menjaringkan gol dan kemudian kami bolos.

"Saya rasa separuh masa pertama kami layak memenangi perlawanan. Kami sepatutnya menjaringkan tiga gol.

Artikel Berkaitan:

“Perkara negatifnya ialah kami mengubah cara kami bermain selepas dibolosi. Malam ini, selepas kami melepaskan penalti, kami lebih bertahan dan kami perlu memperbaikinya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!