Mayat reput ditemui di tebing sungai kemungkinan wanita dilapor hilang

Mayat dipercayai seorang wanita dalam keadaan mereput dan masih lengkap berpakaian ditemukan di tebing Sungai Kedah di kawasan Alor Mengkudu dekat sini, semalam.
Mayat dipercayai seorang wanita dalam keadaan mereput dan masih lengkap berpakaian ditemukan di tebing Sungai Kedah di kawasan Alor Mengkudu dekat sini, semalam.
A
A
A
ALOR SETAR - Mayat dipercayai seorang wanita dalam keadaan mereput dan masih lengkap berpakaian ditemukan di tebing Sungai Kedah di kawasan Alor Mengkudu dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, polis dimaklumkan penemuan mayat itu pada 2.35 petang oleh orang awam.

"Pemeriksaan pada mayat menemukan sebuah telefon bimbit di dalam poket seluar mangsa," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Siti Nor Salawati berkata, mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, di sini untuk bedah siasat.

Polis turut menyiasat kemungkinan penemuan mayat itu berkaitan dengan kes kehilangan seorang wanita sejak 8 November lepas, setelah motosikalnya ditemukan di sungai sama, kira-kira 10 kilometer dari lokasi mayat ditemukan.
Artikel Berkaitan:


Beliau berkata, waris wanita itu telah dipanggil bagi proses pengecaman dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA). - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!