Public Gold sasar jualan RM5 bilion pada 2025

Public Gold meraikan usahawan terulung yang merangkul gelaran Double Diamond. (Gambar kecil: Louis Ng)
Public Gold meraikan usahawan terulung yang merangkul gelaran Double Diamond. (Gambar kecil: Louis Ng)
A
A
A

PENERAJU industri logam berharga Malaysia, Kumpulan Public Gold menyasarkan jumlah hasil jualan bagi tahun ini sebanyak RM5 bilion dengan purata 2.5 juta pelanggan.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Public Gold, Datuk Louis Ng berkata, sasaran itu berdasarkan peningkatan pelanggan sehingga sekali ganda yang direkodkan berbanding tahun lalu.

Menurutnya, ia termasuk pelanggan luar dari Malaysia, antaranya Indonesia, Dubai, Singapura dan Brunei.

“Setelah 17 tahun berada di pasaran, Public Gold menerima sambutan amat memberangsangkan apabila mencatat sejarah dengan jumlah keseluruhan jualan RM17.5 bilion, manakala berat emas 74 tan.

“Pada tahun lalu kami tutup akaun dengan jumlah jualan RM4 bilion dan yakin akan meningkat kepada RM5 bilion bagi 2025. Kami percaya ia dapat dicapai kerana segmen perniagaan ke perniagaan (B2B) semakin meningkat dan perniagaan ke pengguna (B2C) pula sangat stabil serta terus membangun,” katanya semasa majlis perasmian program Public Gold raikan usahawan terulung rangkul gelaran Double Diamond.

Turut hadir, Pengarah Urusan Aurora Italia International Berhad, Datin Yvonne Lim; Ketua Pegawai Operasi PGMall, Jerry Ng; pengurusan tertinggi Kumpulan Public Gold dan lebih 2,000 pelanggan berdaftar.

Tambah beliau, fokus utama Public Gold tahun ini adalah menambah lima cawangan di Indonesia berikutan populasi penduduknya tinggi dan mereka sukakan emas seperti di Malaysia.

Menurutnya, pada masa sama syarikat juga bercadang memperluaskan pasaran Public Gold di Indonesia dan Dubai.

Artikel Berkaitan:

“Perancangan ini dibuat kerana Dubai merupakan hab antarabangsa yang tertinggi dengan harapan dapat menembusi pasaran Timur Tengah seperti India, selain menambah Public Gold ATM di seluruh negara,” katanya.

Louis Ng berkata, sejak 2008 syarikat memperuntukkan RM300 juta untuk diberikan kepada usahawannya.

“Ia sebagai insentif Public Gold, selain membuktikan komitmen terus memperkasakan rakyat Malaysia menerusi platform menguntungkan,” kata beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!