Kepengerusian ASEAN: Dua keberhasilan ekonomi keutamaan berkaitan tenaga ditetapkan

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menetapkan dua keberhasilan ekonomi keutamaan (PED) berkaitan tenaga di bawah Kepengerusian ASEAN Malaysia tahun ini. Foto Bernama
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menetapkan dua keberhasilan ekonomi keutamaan (PED) berkaitan tenaga di bawah Kepengerusian ASEAN Malaysia tahun ini. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menetapkan dua keberhasilan ekonomi keutamaan (PED) berkaitan tenaga di bawah Kepengerusian ASEAN Malaysia tahun ini.

Menerusi kenyataan, PETRA memaklumkan PED berkenaan merangkumi ASEAN Plan of Action for Energy Cooperation (APAEC) 2025 dan ASEAN Power Grid (APG) Enhanced Memorandum of Understanding (MoU) yang bermula tahun 2026 hingga 2030.

"Dua dokumen dasar ini adalah penting untuk memastikan kerjasama yang berterusan dalam kalangan negara anggota ASEAN bagi membangunkan industri tenaga ke arah jaminan bekalan dan kemampanan tenaga di rantau ini," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ujar kementerian itu, inisiatif APG akan diberi fokus dalam semua mesyuarat berkaitan pada kali ini dengan objektif untuk memuktamadkan dokumen APG Enhanced MOU pada tahun 2025.

"Kandungan MOU ini antara lain akan memberi penekanan untuk meningkatkan keupayaan infrastruktur talian penghantaran tenaga elektrik dalam kalangan negara ASEAN.

"Ia supaya lebih banyak tenaga elektrik, terutamanya tenaga berasaskan sumber bersih seperti hidro, solar dan angin dapat diperdagangkan rentas sempadan," jelas PETRA.

Menurutnya, usaha ini secara langsung dapat mengoptimakan penggunaan sumber tenaga bersih, menjamin bekalan tenaga kepada rakyat dan memanfaatkan negara-negara di rantau ASEAN.

Terdahulu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof merangkap Menteri PETRA merasmikan Penganjuran

Artikel Berkaitan:

Mesyuarat – Mesyuarat Tenaga ASEAN 2025 di sini.

Kementerian itu akan mempengerusikan tiga mesyuarat utama Sektor Tenaga iaitu Special Senior Officials Meeting on Energy di Langkawi, Kedah pada 22 hingga 24 Januari dan Senior Officials Meeting on Energy di Kuching, Sarawak pada 16 hingga 20 Jun.

Sementara ASEAN Ministers of Energy Meeting diadakan di Kuala Lumpur pada 22 hingga 26 September.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!