Samseng jalanan masuk perangkap

Remaja berusia 15 tahun antara ditahan dalam Ops Samseng Jalanan pada Ahad.
Remaja berusia 15 tahun antara ditahan dalam Ops Samseng Jalanan pada Ahad.
A
A
A

BAYAN LEPAS - Aksi berani mati sekumpulan samseng jalanan termasuk seorang remaja bawah umur mengundang padah selepas mereka ditahan ketika berlumba haram di atas Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, di sini pada Ahad.

Bukan sahaja menunggang motosikal secara melulu sambil mempamerkan aksi superman dan zig zag yang merbahaya malah ada antara mereka yang sanggup berkumpul di atas jambatan beramai-ramai bagi menyaksikan lumba haram itu.

Bagaimanapun kesemua mereka berjaya diberkas dalam Ops Samseng Jalanan yang dilakukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya pada jam 4 pagi tadi.

Antara motosikal yang disita disebabkan modifikasi terlampau selain tidak mematuhi spesifikasi dibenarkan.
Antara motosikal yang disita disebabkan modifikasi terlampau selain tidak mematuhi spesifikasi dibenarkan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, sebanyak 120 buah motosikal diperiksa dan 60 daripadanya disita berikutan pelbagai kesalahan termasuk cukai jalan tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans.

Menurutnya, pemeriksaan turut mendapati terdapat sebuah motosikal yang menggunakan nombor pendaftaran palsu selain ramai penunggang yang tidak mempunyai lesen.

"Aksi berani mereka bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri malah mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

"Dalam operasi ini, sebanyak 170 saman telah dikeluarkan dan 60 motosikal disita atas pelbagai kesalahan,"katanya ketika ditemui pemberita ketika meninjau operasi berkenaan di Balai Polis Bayan Lepas pada Ahad.

Dalam pada itu, Sazalee berkata, lapan lagi 'mat rempit' ditahan kerana terlibat dengan lumba haram di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran kawasan Pantai Seagate di sini.

Artikel Berkaitan:

Kesemua mereka yang ditahan berusia antara 15 hingga 30 tahun dibawa ke Balai Polis Bayan Lepas untuk dokumentasi dan pemeriksaan lanjut.
Kesemua mereka yang ditahan berusia antara 15 hingga 30 tahun dibawa ke Balai Polis Bayan Lepas untuk dokumentasi dan pemeriksaan lanjut.

Beliau berkata, kesemua motosikal mereka turut disita dan tangkapan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020).

Jelasnya, mereka boleh hilang kelayakan lesen memandu sehingga melebihi lima tahun dan bagi kesalahan berikutnya boleh dihukum tidak kurang 10 tahun dan denda RM10,000 sehingga RM20,000 serta hilang kelayakan lesen sehingga 10 tahun jika disabitkan kesalahan.

Kesemua mereka yang ditahan berusia antara 15 hingga 30 tahun dibawa ke Balai Polis Bayan Lepas untuk dokumentasi dan pemeriksaan lanjut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!