Bom UXO tinggalan Perang Dunia Kedua di Semporna dimusnahkan

Sebuah objek yang ditemui di perairan Pulau Sibuan pada 7 Jan lepas dikenal pasti sebagai bom lama atau unexploded ordnance (UXO) tinggalan Perang Dunia Kedua. Foto Facebook Tentera Laut Diraja Malaysia

A
A
A

SEMPORNA - Sebuah objek yang ditemui di perairan Pulau Sibuan pada 7 Januari lepas dikenal pasti sebagai bom lama atau unexploded ordnance (UXO) tinggalan Perang Dunia Kedua.

Bom itu berjaya dimusnahkan oleh pasukan penyelam ranjau Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada jam 3.10 petang Sabtu.

Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) Sandakan dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan pasukan penyelam ranjau dari Markas Selam dan Peperangan Periuk Api (MSPPA) Lumut bersama MAWILLA 2 diatur gerak untuk melaksanakan operasi pemusnahan bom itu bermula semalam.

"Bom UXO telah berjaya dimusnahkan dengan menggunakan kaedah Blow in Place (BIP), iaitu suatu kaedah pemusnahan di lokasi penemuan dengan mengambil langkah-langkah keselamatan yang tertinggi dan tiada sebarang kerosakan harta benda dan alam sekitar marin dilaporkan," menurut kenyataan itu.

Pasukan penyelam ranjau Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ketika mendengar taklimat operasi memusahkan bom berkenaan. Foto Facebook Tentera Laut Diraja Malaysia
Pasukan penyelam ranjau Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ketika mendengar taklimat operasi memusahkan bom berkenaan. Foto Facebook Tentera Laut Diraja Malaysia

Menurut kenyataan itu, UXO berukuran 3 kaki panjang dan 1 kaki lebar itu dipercayai bom tinggalan perang sekitar 1945 dengan berat 250 kilogram.

"Penyelam Ranjau TLDM mengesahkan UXO berkenaan adalan Jenis Aerial Bomb iaitu sejenis bom yang dilepaskan oleh pesawat udara.

Artikel Berkaitan:

"TLDM turut mendapat kerjasama daripada agensi keselamatan iaitu Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2) dan Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna," menurut kenyataan itu. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!