TDM tahan warga Bangladesh cuba masuk Malaysia melalui Sungai Golok

Seorang daripada tiga Bangladesh ditahan TDM selepas seberangi Sungai Golok.
Seorang daripada tiga Bangladesh ditahan TDM selepas seberangi Sungai Golok.
A
A
A

KOTA BHARU - Tindakan tiga lelaki warga Bangladesh menyeludup masuk ke negara ini dengan menyeberangi Sungai Golok dari Thailand digagalkan pasukan Tentera Darat Malaysia (TDM) di Tanah Merah pada Jumaat.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam satu kenyataan memberitahu, pada jam 10 malam pasukan beroperasi yang melaksanakan rondaan mengesan tiga lelaki berkenaan dalam mencurigakan berada di tebing Sungai Golok di sebelah negara ini.

“Apabila didekati, dua daripada tiga lelaki itu melarikan diri ke arah Thailand dengan menyeberangi Sungai Golok.

“Setelah diperiksa, didapati lelaki tersebut merupakan pendatang asing tanpa izin warga Bangladesh,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, ketiga-tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) terbabit tiba di Bangkok, Thailand pada 8 Januari lalu melalui penerbangan dari Bangladesh.

“Mereka dibawa ke sempadan Malaysia-Thailand oleh ejen atau tekong yang mengaturkan kemasukan ke negara ini melalui laluan tidak sah dengan menyeberangi Sungai Golok.

“Pemeriksaan terhadap seorang PATI yang dapat ditahan menemukan pasport, visa pelancong, telefon bimbit, beberapa keping mata wang Bangladesh dan Malaysia dengan jumlah keseluruhan nilai barang rampasan adalah sebanyak RM571.63,” kata kenyataan itu lagi.

Tambah kenyataan itu, TDM akan terus memperketatkan kawalan di sempadan negara bagi mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan khususnya penyeludupan PATI.

“PATI yang ditahan tersebut diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah untuk tindakan selanjutnya,” kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!