Negara jimat RM300 juta jika dapat hasil 30 peratus keperluan bawang

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu (kiri) semasa sidang media selepas meninjau Projek Tanaman Bawang Rose Ehsan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di Selangor Fruit Valley (SFV) Bestari Jaya, Kuala Selangor pada Sabtu. Foto Bernama

A
A
A

KUALA SELANGOR - Malaysia dijangka mampu menjimatkan RM300 juta dengan mengurangkan kebergantungan terhadap import bawang.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, langkah itu mampu dilaksanakan jika negara dapat menghasilkan 30 peratus daripada keperluan bawang pada masa ini.

Menurut beliau, pengeluaran bawang tempatan dapat mengurangkan perbelanjaan negara untuk import selain meningkatkan penghasilan bawang tempatan pada masa depan.

"Kita harap negara dapat mengurangkan import bawang yang kita tahu jumlahnya amat tinggi melebihi RM900 juta," katanya.

Mohamad (dua dari kanan) menunjukkan bawang yang telah dituai semasa Lawatan ke Projek Tanaman Bawang Rose Ehsan PKPS di sini pada Sabtu. FOTO SINAR HARIAN-ASRIL ASWANDI SHUKOR
Mohamad (dua dari kanan) menunjukkan bawang yang telah dituai semasa Lawatan ke Projek Tanaman Bawang Rose Ehsan PKPS di sini pada Sabtu. FOTO SINAR HARIAN-ASRIL ASWANDI SHUKOR

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Lawatan ke Projek Tanaman Bawang Rose Ehsan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di sini pada Sabtu.

Menurut Mohamad, kerajaan juga berhasrat menjadikan seluruh negeri sebagai pengeluar bawang dengan tumpuan diberikan kepada beberapa kawasan strategik yang mempunyai potensi besar.

Beliau memberitahu, selain PKPS di Selangor, beberapa kawasan lain turut menghasilkan bawang antaranya di Pulau Pinang, Kelantan dan beberapa negeri lain.

"Misalnya di PKPS ini, kita lihat kawasannya berbukit, tapi tanahnya sesuai bagi penanaman bawang," ujar beliau.

Artikel Berkaitan:

Jelas beliau, tanaman bawang mampu diusahakan di tanah seluas satu hektar dengan hasil tiga kali setahun.

Ujarnya, inisiatif tanaman bawang itu memberikan peluang besar kepada petani terutama golongan muda untuk meningkatkan pendapatan.

"Petani juga boleh menjadikan tanaman bawang ini satu kerjaya mereka pada masa akan datang," jelas beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!