X

Kindly register in order to view this article
!

Wanita maut nahas dua treler

Rempuhan menyebabkan kedua-dua treler terbabas ke bahagian kiri jalan.
A
A

TANJUNG MALIM - Seorang wanita maut selepas cedera parah di kepala dalam nahas membabitkan dua treler di Kilometer 383.4 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Behrang pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.55 pagi itu, mangsa dikenali S Salaisalvi disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Muallim, Deputi Superintenden Koo Tai Chew berkata, kejadian turut menyebabkan pemandu treler terbabit berusia 35 tahun cedera parah.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, treler muatan simen yang dinaiki kedua-dua mangsa terbabas lalu merempuh bahagian belakang sebuah treler yang berada di lorong kiri.

Kerja-kerja menyelamat di jalankan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River.
Kerja-kerja menyelamat di jalankan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River.

"Rempuhan menyebabkan treler muatan papan lapis hilang kawalan dan masuk ke dalam longkang kecil di sebelah kiri jalan.

"Pemandu treler berusia 46 tahun itu sempat mendengar dentuman kuat dan apabila diperiksa, didapati ada sebuah treler lain melanggar bahagian belakang kenderaan dibawanya," katanya.

Beliau berkata, semua mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat dan rawatan lanjut.

Katanya, sampel darah pemandu treler muatan simen akan diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi ujian toksikologi.

"Usaha mengesan waris untuk mengenalpasti identiti mangsa yang maut sedang dilakukan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Keadaan dua treler yang terbabit dalam nahas menyebabkan seorang wanita maut akibat cedera parah di kepala.
Keadaan dua treler yang terbabit dalam nahas menyebabkan seorang wanita maut akibat cedera parah di kepala.