Carum PERKESO serendah RM23.30 setahun sebelum 1 Januari 2025

SHAH ALAM - Orang Bekerja Sendiri (OBS) disaran untuk merebut peluang mencarum dalam Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) serendah RM23.30 setahun sebelum tahun baharu iaitu 1 Januari 2025.
PERKESO dalam satu kenyataan memaklumkan, hari ini merupakan hari terakhir untuk OBS berbuat demikian.
"Hari ini (Selasa) merupakan peluang terakhir untuk pekerja sendiri rebut peluang melindungi diri serendah RM23.30 setahun di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) melalui inisiatif Belanjawan 2024.
"Mereka hanya perlu mencarum 10 peratus sahaja daripada RM209.50, selebihnya akan ditanggung oleh kerajaan," katanya menerusi laman Facebook pada Selasa.
Tambah kenyataan itu, OBS yang berminat boleh melayari perkeso.gov.my, aplikasi Prihatin, Ejen Korporat PERKESO yang dilantik untuk membuat pendaftaran.
"Selain itu, mereka yang berminat juga boleh kunjungi Pejabat PERKESO untuk pendaftaran segera,"ujarnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

