Himpunan aman: Mahasiswa UMS tiba di hadapan Menara Kinabalu

KOTA KINABALU - Hampir 100 dipercayai mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) tiba di hadapan Menara Kinabalu sekitar jam 3 petang selepas berarak kira-kira satu jam dari pintu gerbang universiti itu.

Kumpulan tersebut berjalan kaki ke Menara Kinabalu yang terletak sejauh dua kilometer sambil melaungkan beberapa perkataan termasuk, bangkit, anak muda, rakyat Sabah, turun koruptor dan mati koruptor.

Mereka juga dilihat sambil membawa plakad dan sepanduk ke arah Menara Kinabalu.

Pasukan polis turut bersedia membuat kawalan sebelum kumpulan bertembung di hadapan kawasan kawalan tersebut.

Sementara itu, kumpulan perarakan Bangkit Sabahan turut cuba memasuki pekarangan Menara Kinabalu tetapi kawalan ketat sedang dijalankan pihak polis.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
