Persaingan sengit PRK Cameron Highlands

Lee Chean Chung
Lee Chean Chung
A
A
A

KUANTAN – PRK bagi menentukan wakil rakyat di Parlimen Cameron Highlands diperakui sengit dan bukan sesuatu yang mudah.

Ketua Cabang Indera Mahkota, Lee Chean Chung berkata, ini kerana calon yang dikemukakan BN ialah anak tempatan terdiri dari masyarakat Orang Asli yang berkaliber.

“Kami percaya ini satu persaingan yang sengit dan bukan mudah sebab pihak lawan mengemukakan calon yang berkaliber dan calon tempatan.

“Kami perlu bekerja lebih keras dan kuat untuk menawan hati para pengundi,” katanya ketika ditemui media selepas kunjungan ke rumah seorang pesakit tumor di Semambu di sini, hari ini.

Menurutnya, apa yang lebih penting adalah kesediaan pengundi untuk keluar mengundi pada PRK, 26 Januari ini.

“Saya rayu pengundi memberi pengiktirafan kepada calon PH dan hadir ke tempat mengundi untuk melaksanakan tanggungjawab anda sebagai pengundi,” katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!