Mujur tak jadi 'kambing hitam'

Hantaran dimuat naik seorang pemuda yang dikenali dengan nama Abudi Alsagoff di Facebook baru-baru ini.
Hantaran dimuat naik seorang pemuda yang dikenali dengan nama Abudi Alsagoff di Facebook baru-baru ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pemuda hampir dijadikan 'kambing hitam' gara-gara mudah mesra dengan penumpang yang tidak dikenali dalam pesawat.

Menerusi satu hantaran dimuat naik pemuda bernama Abudi Alsagoff, situasi itu bermula apabila seorang wanita pertengahan umur memintanya bantuan untuk mengangkat bagasi, namun dia bernasib baik kerana ada yang sudi membantu.

Menurutnya, dia dan wanita berkenaan leka berbual sepanjang perjalanan ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) tanpa menyedari ada sesuatu bakal berlaku.

Jelas pemuda tersebut, wanita itu tanpa semena-mena mengalami sakit perut ketika pesawat ingin mendarat selain memintanya untuk menemani dan membawakan barangan peribadi.

"Lepas duduk mak cik ini terus berbual dengan aku, mesra gila kami borak sepanjang perjalanan tetapi waktu pesawat nak mendarat, tiba-tiba dia mengadu sakit perut.

"Dia panggil aku 'anak' dan pegang tangan aku kuat-kuat, semua orang anggap kami ada kaitan.

"Ada penumpang bisik jangan rapat sangat serta pesan pada kru pesawat bahawa aku tiada hubungan dengan mak cik ini.

"Dia tunggu kerusi roda, aku pun pergi. Tak lama selepas itu, kecoh di lapangan terbang yang rupa-rupanya dia bawa barang terlarang dan nak libatkan aku dalam hal ini," katanya dalam hantaran di Facebook baru-baru ini.

Pemuda berkenaan memaklumkan, dia bernasib baik kerana ada penumpang lain yang sudi membantu dan menjelaskan situasi sebenar kepada pihak polis.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, insiden sedemikian boleh dijadikan pengajaran terbesar dalam hidup iaitu sentiasa berhati-hati dan jangan menyentuh apa-apa barangan milik orang lain meskipun terlihat tidak berbahaya.

"Polis mintak mak cik itu beri nama penuh aku, tetapi dia tak boleh sebab aku tak pernah kongsi nama aku.

"Barang aku diperiksa habis-habisan, tapi tak ada hubungan pun dengan barang dia. Akhirnya aku dilepaskan.

"Sekarang ini kalau ada orang minta tolong angkat barang, aku terus panggil kru pesawat. Tak kisah panggil aku dingin, ini semua langkah keselamatan diri," ujarnya lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!